Ramai Pelanggan datang ke Kedai Izz Technology yang mengadu tentang
masalah skrin komputer mereka rosak adalah kerana skrin pecah, calar, skrin
blur, dan macam-macam lagi yang diadukan kepada kami.
Sebagai sebuah pusat membaiki komputer, Izz Technology bertanggujawab dalam
membantu pengguna-pengguna komputer dalam mengetahui cara yang terbaik dalam penggunaan dan juga
pantang larang apabila berhadapan dengan skrin komputer sama ada laptop mahupun
netbook.
Pernahkah anda lihat ini?
anda tahu berapa harga screen laptop? atau netbook?
Mengikut harga pasaran sekarang Kos untuk menukar Screen LCD @LED memerlukan anda mengeluarkan wang anda sendiri sebanyak RM400- RM600 (mengikut jenis Screen).
Kalau anda rasakan harga yang perlu dikeluarkan itu sikit sangat.
Try buat NI(hahaha)
Berikut adalah beberapa tips penjagaan Screen Laptop @Netbook:
1. Memegang Screen semasa membuka Laptop.
Ketika anda ingin menggunakan laptop tentunya anda akan mengangkat screen supaya mengikut kehendak yang sesuai dengan pandangan anda kan? Pointnya disini adalah dimana tangan anda semasa membuka screen? adakah berada disebelah sisi kiri (1) screen ketika mengangkatnya, atau disebelah tengah (2) atau disebelah kanan (3) ? atau anda mengangkatnya dengan menggunakan mulut? hahaha (jangan ketawa, kerana situasi ini pernah kami lihat <yang penting bukan admin buat> ).

Cara terbaik apabila membuka screen@mengangkat screen adalah dengan memegang di tengah-tengah pada penjuru atas screen itu atau anda memegang kedua-dua penjuru kanan dan kiri sekaligus. Jangan memegang satu sahaja bagi penjuru kanan atau kiri ketika membukanya.
Anda tidak perlu mengikut apa yang dikongsikan ini jika anda ingin melihat laptop anda jadi seperti ini


2. Hilangkan benda asing di atas keyboard.
Tentunya anda tertanya-tanyakan apa kaitan keyboard dengan screen. ok!
Disini saya bagi contoh yang mudah. jika anda tertinggal duit syiling diatas keyboard atau di bahagian yang sewaktunya dengan keyboard, apabila screen laptop ditutup rapat, tentunya duit syiling tadi akan menekan screen tadi tentunya akan? prakkkkkk!
Jika peristiwa itu berlaku pada anda, silalah derma duit anda ke kedai-kedai baiki komputer. jadi berhati-hatilah apabila menutup balik screen laptop. bahan yang lain yang membahayakan untuk screen yang sering berlaku adalah tudung pen, skru, wayar dan macam-macam lagi.
3. Jangan letakkan Benda berat atas laptop.

Nasihat Admin kepada anda yang menghantar komputer anda ke kedai-kedai baiki komputer, pernah tak anda lihat bagaimana mereka menyusun komputer yang dihantar oleh pelanggan kepada mereka?
Kalau kedai yang membuat bahagian2 untuk menyusun laptop ok. tapi masalahnya kedai yang meletakkan laptop kita dengan laptop orang lain secara bertindih2.
Kalau ini berlaku pada anda, cukuplah hantar komputer anda untuk dibaiki dikedai tersebut. nantikan benda lain yang nak repair, benda lain plak yang rosak. (Izz Technology tak pernah buat bende xberfaedah tu, hehehe).
4. Bersihkan Screen Komputer anda
untuk membersihkan screen mudah jer, beli jer LCD CLEANER kat kedai Izz Technology atau kat kedai yang berhampiran dengan anda, murah jer, tak sampai RM10 pun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan