Kebakaran
Gara-gara Biarkan Laptop Atas Tilam
SARIKEI: Kecuaian membiarkan komputer
riba yang masih beroperasi dan diletak di atas tilam telah membawa malapetaka
kepada seorang lelaki berusia sekitar 30-an dari Jalan Alamanda, Kampung
Seberang, Sarikei, semalam.
Penghulu Awang Ahmad yang menjadi
ketua masya-rakat di kawasan terbabit ketika dihubungi pemberita bagi
mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu berkata, pada masa kejadian
mangsa baharu selesai menyempurnakan tugasan dengan komputer terbabit di bilik
tidurnya.
“Selepas selesai menyiapkan tugasan
tersebut mangsa telah pergi ke bilik air untuk mandi dan selang beberapa minit
kemudian mangsa telah terhidu bau asap kebakaran.
“Berikutan itu, mangsa telah bergegas
keluar dari bilik air dan mendapati komputer yang diletaknya di atas tilam
sedang terbakar dengan maraknya.
“Melihat kejadian itu mangsa telah berusaha memadamkan
api dengan menarik tilam tersebut ke bilik mandi namun dalam usahanya itu
mangsa turut mengalami ke-lecuran di beberapa bahagian badan,” katanya kepada
Borneo Post.
Tambahnya, kejadian itu turut
mendapat perhatian daripada isteri dan jiran mangsa yang turut sama berusaha
membantu memadamkan kebakaran itu dengan menggunakan sumber air dari rumah
terbabit.
Jiran-jiran lain mangsa yang turut sedar dan melihat
kejadian tersebut telah bertindak pantas menghubungi pihak bomba dan dalam
beberapa minit selepas menerima panggilan, sepasukan pihak bomba dengan sebuah
jentera telah tiba di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
Namun begitu kebakaran tersebut telah berjaya di-
kawal oleh penduduk dan jiran mangsa dan hanya memus-nahkan bilik tidur mangsa
sahaja.
Mangsa dan isterinya yang mengalami beberapa
kece-deraan dan melecur di bebe-rapa bahagian badan telah dibawa oleh jirannya
untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.
Sumber: myberita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan