Isnin, 3 Disember 2012

Virus Shortcut

Cara remove virus shortcut.

Cara remove virus shortcut :

Geram betul kan bila file kena virus shortcut ni, lagi2 bila barang yang penting tak dapat kita buka, rasa nak buang jer pendrive tu kan?. Kalau tak tahu pasal virus shortcut ni memang terus format la pendrivenya. Sebenarnya virus shortcut tak makan (hilangkan) data korang tapi virus ni hanya sembunyikan jer file korang tu. Kalau sape2 yang pernah kena tu jangan terus format pendrive korang, kalau tak sia-sia hilang file2 penting yang korang simpan. Kat bawah ni saya kongsikan macam nak remove virus shortcut dari pendrive atau komputer korang guna cmd Atau UiTM Virus Shortcut Remover.


1) Masukkan pendrive korang kat usb port. Kenal pasti pendrive korang locate kat mane. Kat E ke, F ke atau sebagainya.
2) Sebelum korang buat ape-ape, aku sarankan, SCAN dulu pendrive tu.
3) Dah siap scan, ikut step ni.
klik My Computer> klik Tools > Folder Options > View > Klik show hidden files > unclick  hide extension > unclick hide protected. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni.
UiTM Virus Shortcut Remover

Step seterusnya..
4) Bukak location pendrive tadi. Biarkan dia terbukak. Korang akan nampak, folder yang shortcut tadi actually sudah di hiddenkan oleh virus tadi.
5) Ok sekarang korang Klik kat Start > Run > dan taip cmd.

Lepas tu akan kua skrin hitam macam kat bawah ni.

6) Kau taip command kat bawah ni dalam skrin hitam tu.
attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive korang. Kalau pendrive korang location dia F, kau tulis la F)
Kemudian, tekan button Enter.
7) Korang punya skrin hitam (cmd) akan ambik masa nak loading. So, korang tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul.
8) Siap. Korang punya folder yang hidden tadi dah back to normal.Delete folder yang ada shortcut tadi.
10) Ubah balik Setting My Computer tadi, tukar jadi macam asal balik ok! Jangan malas!Takut korang ter..delete files window yang penting, kang tak pasal-pasal window corrupt.


Haha..yang tu cara susah ckt..nak cara senang korang guna jer UiTM Virus Shortcut Remover V3.1 paling senang, cepat dan tak payah nak pening kepala.

Download UiTM Virus Shortcut Remover V3.1 >>Kat SiNI<<


Download UiTM Virus Shortcut Remover V3.1 >>Kat SiNI<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan