Jumaat, 21 Disember 2012

Tips Penjagaan Screen Laptop@Netbook


Ramai Pelanggan  datang ke Kedai Izz Technology yang mengadu tentang masalah skrin komputer mereka rosak adalah kerana skrin pecah, calar, skrin blur, dan macam-macam lagi yang diadukan kepada kami.

Sebagai sebuah pusat membaiki komputer, Izz Technology bertanggujawab dalam membantu pengguna-pengguna komputer dalam mengetahui cara yang terbaik dalam penggunaan dan juga pantang larang apabila berhadapan dengan skrin komputer sama ada laptop mahupun netbook.

Pernahkah anda lihat ini?
anda tahu berapa harga screen laptop? atau netbook?
Mengikut harga pasaran sekarang Kos untuk menukar Screen LCD @LED memerlukan anda mengeluarkan  wang anda sendiri sebanyak RM400- RM600 (mengikut jenis Screen).


Kalau anda rasakan harga yang perlu dikeluarkan itu sikit sangat.
Try buat NI(hahaha)

Berikut adalah beberapa tips penjagaan Screen Laptop @Netbook:

1. Memegang Screen semasa membuka Laptop.

Ketika anda ingin menggunakan laptop tentunya anda akan mengangkat screen  supaya mengikut        kehendak yang sesuai dengan pandangan anda kan?  Pointnya disini adalah dimana tangan anda semasa membuka screen? adakah berada disebelah sisi kiri (1) screen ketika mengangkatnya, atau disebelah tengah (2) atau disebelah kanan (3) ? atau anda mengangkatnya dengan menggunakan mulut? hahaha (jangan ketawa, kerana situasi ini pernah kami lihat <yang penting bukan admin buat> ).


 Cara terbaik apabila membuka screen@mengangkat screen adalah dengan memegang di tengah-tengah pada penjuru atas screen itu atau anda memegang kedua-dua penjuru kanan dan kiri sekaligus. Jangan memegang satu sahaja  bagi penjuru kanan atau kiri ketika membukanya. 

Anda tidak perlu mengikut apa yang dikongsikan ini jika anda ingin melihat laptop anda jadi seperti ini






2. Hilangkan benda asing di atas keyboard.

Tentunya anda tertanya-tanyakan apa kaitan keyboard dengan screen. ok!


Disini saya bagi contoh yang mudah. jika anda tertinggal duit syiling diatas keyboard atau di bahagian yang sewaktunya dengan keyboard, apabila screen laptop ditutup rapat, tentunya duit syiling tadi akan menekan screen tadi tentunya akan? prakkkkkk!
Jika peristiwa itu berlaku pada anda, silalah derma duit anda ke kedai-kedai baiki komputer. jadi berhati-hatilah apabila menutup balik screen laptop. bahan yang lain yang membahayakan untuk screen yang sering berlaku adalah tudung pen, skru, wayar  dan macam-macam lagi.

3. Jangan letakkan Benda berat atas laptop.

Letak bende-bende yang berat atas laptop ni sering saya tengok, kalau masa study dekat tempat belajar  dulu (haha) selalu kumpul-kumpul laptop dengan buku ni sekali, kalau laptop tu letak kat atas buku xpe, ni laptop tu letak kat bawah. Kene tindih la laptop tu. (dulu xtau) . Bahaya tu, barang yang berat meskipun bukan buku tidak sesuai diletakkan diatas laptop. Kerana bebanan yang diterima oleh Screen komputer tu boleh menyebabkan screen sangat mudah rosak, atau boleh pecah (crak la).
Nasihat Admin kepada anda yang menghantar komputer anda ke kedai-kedai baiki komputer, pernah tak anda lihat bagaimana mereka menyusun komputer yang dihantar oleh pelanggan kepada mereka?
Kalau kedai yang membuat bahagian2 untuk menyusun laptop ok. tapi masalahnya kedai yang meletakkan laptop kita dengan laptop orang lain secara bertindih2. 
Kalau ini berlaku pada anda, cukuplah hantar komputer anda untuk dibaiki dikedai tersebut. nantikan benda lain yang nak repair, benda lain plak yang rosak. (Izz Technology tak pernah buat bende xberfaedah tu, hehehe).

4. Bersihkan Screen Komputer anda

untuk membersihkan screen mudah jer, beli jer LCD CLEANER kat kedai Izz Technology atau kat kedai yang berhampiran dengan anda, murah jer, tak sampai RM10 pun.

nak bersihkan Screen komputer ni ada pantang larangnye  juga, kalau guna LCD CLEANER tu, jangan sembur masa komputer tengah on atau masih sambung dengan arus elektrik. disable kan dulu arus  elektrik tu. jangan guna tisu untuk bersihkan screen, nantikan tambah calar lagi screen tu. kalau sembur air cleaner tu jangan plak buat macam air hujan. sembur sikit jer, jangan sembur terus pada screen komputer tu (takut air yang lebih tu mengalir ke bahagian yang lain), sembur pada kain baru lap. Kalau screen tu bersih jer barulah sedap nak buka FB. (tak gtu).


 APA-APA PUN YANG ANDA BUAT PADA KOMPUTER ANDA:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan