Tips Menggunakan Komputer Supaya
Mata Tidak Sakit.
Ader
sesapa yang pernah buat macam ni semasa mengggunakan komputer?
Mesti
ramai punya... (termasuk admin, hehehe).
tapi tu dulu, sekarang dah mula perbaiki.
Menggunakan
komputer dalam tempoh yang lama tidak hanya menyebabkan mata
menjadi letih, melihat skrin komputer terlalu lama juga boleh merosakkan mata.
Untuk mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi, berikut beberapa cara
menggunakan komputer yang tepat.
Menurut
sebuah kajian, skrin komputer tidak memancarkan radiasi berbahaya seperti sinar
X atau cahaya ultraviolet.
Jadi, keletihan
yang biasa terjadi semasa berhadapan skrin komputer terlalu lama bukan kerana
paparan sinar monitor, melainkan oleh faktor lain.
Faktor lain
tersebut adalah pencahayaan yang buruk, posisi komputer atau barang lain yang
tidak betul. Ketegangan yang berlebihan pada mata atau yang biasa disebut
Computer Vision Syndrome dapat mengakibatkan mata gatal atau terasa terbakar,
penglihatan kabur serta sakit kepala.
Beberapa
langkah yang boleh kita lakukan untuk melindungi mata dari keletihan dan
ketegangan. Perkara yang paling utama dan harus dilakukan adalah pengaturan
posisi komputer dan pencahayaan. (Ergonomik).
1. Jauhkan
komputer kurang lebih 20-30 inci atau lebih kurang sepanjang lengan dari mata
anda. Usahakan agar monitor sejajar dengan arah pandang mata anda.
2. Sengetkan
skrin monitor ke belakang sebanyak 19 hingga 20 darjat. Ini berguna untuk
mendapatkan jarak pandang yang optimal.
3. Atur
cahaya monitor agar tidak terlalu silau atau terlalu redup. Jika cahaya terlalu
terang, gunakan filter atau pelindung anti-silau. Jangan lupa untuk mengatur
brightness untuk mendapatkan kontras yang tepat antara huruf dan latar
belakang. Jika melihat adanya flicker pada skrin komputer, sebaiknya monitor
diganti segera.
4. Jika
terpaksa membaca dokumen yang panjang atau menggunakan komputer dalam waktu
yang lama, cubalah untuk menggunakan skrin komputer serta ukuran huruf yang
lebih besar. Ada baiknya menggunakan skrin komputer LCD kerana lebih boleh
diterima dengan baik oleh mata.
5. Gunakan
kerusi yang dapat di’adjust’ rendah-tinggi dan ada penyandar. Selain itu,
gunakan juga meja yang stabil dan tidak mudah goyang.
1. Cara menggunakan keyboard yang betul.
2. Cara menggunakan mouse.
3. Kedudukan PC yang betul.
Kalau boleh jarak mata kite ngan PC lebih kurang 25 inci. Korang agak2 je laa..jangan gi ukur pakai pembaris.. =P. Then adjust brightness kepada level yang sesuai dengan mate kita. Nanti otot mate akan lebih relax. Pencahayaan screen janganlah terlalu terang sebab ramai dah student yang mengalami penyakit rabun silau. Terpakse pakai cermin mata yang boleh tukar jadi gelap bile kena matahari…
4. Cara kita duduk.
Haaa…gambar ni kalau tengok betul2, memang mustahil laa kalau korang nak buat..tapi alangkah bagusnye kalau korang try..
1st: Badan kene tegak 90 darjah..untuk elakkan bongkok. Kite dapat kekalkan bentuk badan yang menawan pasni..
2nd: Kaki kita kene sentuh lantai..kalau pendek, kene ade tempat letak kaki macam gambar kat atas.
3rd: Belakang badan kita kene ade sokongan tuk elakkan backpain. Kalau kerusi korang cam tegak je kan, korang letak bantal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan